Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada
seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu
itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang
sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya
karena apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah
sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :
· "Alhajju
Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan
lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia
telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
· "Hai
batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia
meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia
bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah
diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai
pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke
neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang
dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab
telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka
tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para
malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak
berjaya karena batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para
malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha
sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya.
Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya karena
ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi
lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang
ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
· "Wahai
hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang
Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan
hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu.
Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba
pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat
syahadat yang diucapkannya dahulu.
No comments:
Post a Comment