Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah
menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan
pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda
mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian
bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup
melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai
Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya
dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa
orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan
sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan
semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang
ada di rumah kita."
Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku
tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya
mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau
tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka.
Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang
sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil
berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan
ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh
keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar
semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.
Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud,
"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri,
sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)
No comments:
Post a Comment