Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi
bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat
berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam
dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah
S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat
beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai
Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya,
bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk
menjadi aling-aling atau penutup baginya, karena sesungguhnya baginda akan
mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu
dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari
akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari
hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan
setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W
berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan
sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah
aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata
kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia
selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada
Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud :
("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari
(seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku
menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air
padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang
berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke
hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta
perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya,
tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang
terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W
berkata, "Hendakl mengapakah kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku
telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak
mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan
kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya,
"Mengapa engkau mendurhakai dia ?"
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak
mendurhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku mendurhakainya dari sebab
perbuatannya yang buruk.. Karena kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya,
sama tidur meninggalkan shalat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada
engkau akan mengerjakan shalat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan
mendurhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada
mereka sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang
Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan shalat Isya'. Dan baginda
Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada
keluarganya.
No comments:
Post a Comment