Luqman al-Hakim adalah seorang hamba Allah yang soleh dan bertakwa
dan ahli hikmah yang diceritakkan sendiri oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran
surah Luqman.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan hikmah (kebijaksanaan) kepada Luqman (Kami katakan): Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah! Siapa yang syukur, sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan siapa yang kufur (ingkar) sesungguhnya Allah itu terkaya lagi terpuji.”
(Surah Luqman, Ayat 12)
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan hikmah (kebijaksanaan) kepada Luqman (Kami katakan): Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah! Siapa yang syukur, sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan siapa yang kufur (ingkar) sesungguhnya Allah itu terkaya lagi terpuji.”
(Surah Luqman, Ayat 12)
Di sini Allah mengisahkan tentang Luqman al-Hakim (yakni Luqman
yang bijaksana). Dalam tafsir-tafsir ‘al-Khazin’ dan ‘ Hasyiatul Jamal ‘Ala
Jalalain’ ada di sebutkan ciri-cirinya,
antara lainnya seperti berikut:-
antara lainnya seperti berikut:-
Bahawasanya Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin
Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi
Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga
Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s. Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s. Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
Para ulama semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang yang Ahli
Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di
atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih
antara hikmah (kebijaksanaan) dengan nubuwwah (kenabian), dipilihnya hikmah. Adalah
diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara
memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah
di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau
Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak
mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana
saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong
dan memelihara saya.” Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai
Luqman! Adakah engkau suka diberi hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang
hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya
dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan
akan tersalah pula jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia,
itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih
daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”
Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu. Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa
Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”
Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu. Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa
Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”
Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir,
berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga
dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu:
Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan
Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang
beriman di zaman Nabi Muhammad S.A.W..) Luqman Al-Hakim ada memberi nasihat
panjang Luqman anaknya yang diriwayatkan oleh Al-Muharbi,daripada Sufyan Ats-Thaury.Antara
kata-kata hikmahnya adalah:
1. “Hai anakku!Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di sisi penjaganya.Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara kambing biri-biri dan serigala.Begitu jugalah tidak ada persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.”
1. “Hai anakku!Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di sisi penjaganya.Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara kambing biri-biri dan serigala.Begitu jugalah tidak ada persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.”
2. “Hai anakku!Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan
janganlah engkau jadi sahabat kepada orang yang jahat.”
3. “Hai anakku!Jadilah engkau orang kaya,nescaya engkau menjadi
orang yang dipercayai.”
4. “Hai anakku!Janganlah enkau meminta sesuatu perkara dari belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan.Hal ini kerana yang demikian itu akan memperlekehkan pandangan dan mencela akal fikiranmu.”
4. “Hai anakku!Janganlah enkau meminta sesuatu perkara dari belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan.Hal ini kerana yang demikian itu akan memperlekehkan pandangan dan mencela akal fikiranmu.”
5. “Hai anakku!Sekiranya engkau beradab walaupun sedikit,engkau akan
peroleh faedah yang banyak.”
6. “Hai anakku!Lakukanlah kebaikan itu untuk ahlinya dan janganlah
engkau meletakkannya pada yang bukan ahlinya,nescaya engkau akan rugi di dunia
ini dan mengharamkan pahalanya di akhirat kelak.”
7. “Jadilah engkau orang yang bersederhana dan janganlah boros.Juga
janganlah engkau memegang harta dengan kedekut dan janganlah memberinya dengan
boros”
8. “Hai anakku!Lazimilah dirimu dengan hikmah,nescaya engkau akan memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama ALLAH”
9. Luqman berkata lagi: “Hai anakku!Ada tiga tanda bagi orang yang berhasad dengki itu.Dia akan mengumpat sahabatnya apabila kawannya tiada,akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”
8. “Hai anakku!Lazimilah dirimu dengan hikmah,nescaya engkau akan memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama ALLAH”
9. Luqman berkata lagi: “Hai anakku!Ada tiga tanda bagi orang yang berhasad dengki itu.Dia akan mengumpat sahabatnya apabila kawannya tiada,akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”
10. Beliau juga berpesan: “Hai anakku!Barang siapa yang memikul
sesuatu yang dia tidak terdaya,dia akan menjadi lemah dan barang siapa yang
berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa.Dan barang siapa yang bersikap
takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan menjadi hina”
11. Seterusnya katanya: “Hai anakku!Janganlah engkau bergaul dengan
orang yang bodoh.Walaupun dia memiliki rupa yang indah, namun dia seperti
pedang, baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya.”
12. “Hai anakku!Berwaspadalah engkau dari sahabat yang jahat kerana
sesungguhnya dia umpama pedang yang dihunuskan (dari sarungnya).Pandangannya
mengagumkanmu sedangkan kesannya amat buruk.”
13. Dalam kitab Bahjatul Majalis, Luqman berkata kepada anaknya:
“Hai anakku!Merendah dirilah engaku dengan kebenaran,nescaya engkau menjadi
manusia yang paling berakal.”
14. “Hai anakku!Barang siapa yang terlalai dalam permusuhan, dia akan dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya,dia telah berdosa.Maka,berkatalah dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan janganlah engkau peduli orang yang marah.”
15. “Hai anakku!Janganlah engkau bertengkar dengan orang yang bijaksana serta janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap.Juga janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh
14. “Hai anakku!Barang siapa yang terlalai dalam permusuhan, dia akan dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya,dia telah berdosa.Maka,berkatalah dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan janganlah engkau peduli orang yang marah.”
15. “Hai anakku!Janganlah engkau bertengkar dengan orang yang bijaksana serta janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap.Juga janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh
~
Berdasarkan al-Qur'an surat Luqman ayat 13, 16,
17, 18, dan 19 penulis berpandangan bahwa pada ayat-ayat tersebut terdapat
sepuluh nasihat Lukman al-Hakim kepada anaknya. Adapun sepuluh nasihat tersebut
adalah sebagai berikut,
1. Nasihat Agar Tidak
Musyrik kepada Allah SWT
Disebutkan kisahnya oleh firman Allah SWT,
(QS.Luqman [31]: 13)
Artinya : "Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata
kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku,
janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah)
adalah benar-benar kezaliman yang besar". (Al-Qur'an dan
Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
Lukman berpesan kepada anaknya sebagai orang
yang paling disayanginya dan paling berhak mendapat pemberian paling utama dari
pengetahuannya. Oleh karena itulah, Lukman dalam nasihat pertamanya berpesan
agar anaknya menyembah Allah semata, tidak mempersekutukan-Nya dengan dengan
sesuatu pun seraya memperingatkan kepadanya : (QS.Luqman [31]: 13)
Artinya : "...Sesungguhnya mempersekutukan (Allah)
adalah benar-benar kezaliman yang besar...." (Al-Qur'an dan
Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
Yakni syirik adalah dosa yang paling besar.
Sehubungan dengan hal ini, Bukhari telah meriwayatkan
hadits melalui 'Abdullah ibn Mas'ud ra,
قال
البخاري حدثنا قتيبة، حدثنا جرير، عن الأعمش، عن إبراهيم، عن علقمة ،عن عبد الله،
رضي الله عنه، قال: لما نزلت: الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ
بِظُلْمٍ، شق ذلك على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقالوا: أينا لم يَلْبس
إيمانه بظلم؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "إنه ليس بذاك، ألا تسمع
إلى قول لقمان: يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ
عَظِيمٌ
Artinya : "Al-Bukhari berkata, telah
menerangkan kepada kami Qutaibah, (kata Qutaibah) telah menerangkan kepada kami
Jarir, dari al-A'masy, dari Ibrahim, dari ’Alqamah, dari 'Abdullah ibn Mas'ud
ra ia berkata, Ketika turun ayat : 'Orang-orang yang beriman dan tidak
mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman,' hal itu sangatlah
memberatkan para sahabat, mereka berkata, 'Siapakah diantara kami yang tidak
mencampuradukkan keimanannya dengan kedzaliman?.' Maka Rasulullah SAW bersabda,
'Sesungguhnya bukanlah demikian (pengertiannya seperti yang kalian katakan),
tidakkah kalian pernah mendengar ucapan Lukman: Hai anakku, janganlah kamu
mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar
kezaliman yang besar.'" (Bukhari jilid II : 1995 :
287).
Syirik di sini diungkapkan dengan perbuatan
zalim. Mereka mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman, yakni dengan
kemusyrikan.
Selanjutnya, Lukman mengiringinya dengan pesan
lain, yaitu agar anaknya menyembah Allah SWT semata dan berbakti kepada kedua
orang tua sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya, (QS.al-Isra [17]: 23)
Artinya : "Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya
kamu jangan menyembah selain dia dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah
seorang di antara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka
sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah"
dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia." (Al-Qur'an dan Terjemah Depag RI : 2005 : 284).
Dan memang Allah SWT sering menggandengkan
keduanya dalam al-Qur'an. (Ibnu Katsir jilid III : 1990 : 428-429).
Penulis tidak memasukkan ayat 14 dan 15 dari
Qur'an surat Luqman sebagai wasiat Lukman al-Hakim kepada anaknya karena memperhatikan
tekstual ayat tersebut tidak menggambarkan bahwa ayat tersebut adalah ucapan
Lukam kepada anaknya, walau demikian tetap kedua ayat tersebut menjadi nasihat
bagi anak dari Lukman al-Hakim dan anak dari orang tua muslim lainnya.
Firman Allah SWT, (QS.Luqman [31]: 14-15)
Artinya : " Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat
baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan
lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. bersyukurlah
kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu. Dan
jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada
pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan
pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang
kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan
kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan." (Al-Qur'an dan
Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
2. Nasihat Agar Memegang Teguh Ketauhidan
Disebutkan oleh firman-Nya, (QS.Luqman [31]:
16)
Artinya : "(Luqman berkata): "Hai anakku,
Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam
batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya
(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (Al-Qur'an
dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
Seandainya amal sekecil dzarrah (biji
kecil) itu dibentengi dan ditutupi berada dalam batu besar yang membisu atau
hilang dan lenyap di kawasan langit dan bumi, maka sesungguhnya Allah SWT pasti
akan membalasnya. Demikianlah karena sesungguhnya Allah pasti akan membalasnya.
Demikianlah karena sesungguhnya Allah, tiada sesuatu pun yang tersembunyi
bagi-Nya dan tiada sebutir dzarrah pun, baik yang ada di
langit maupun di bumi, terhalang dari penglihatan-Nya. Oleh sebab itulah
disebutkan oleh firman-Nya, (QS.Luqman [31]:13)
Artinya : "Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha
Mengetahui." (Al-Qur'an dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
Lathiifun, Maha Halus pengetahuan-Nya, sehingga segala
sesuatu tiada yang tersembunyi betapa pun lembut dan halusnya. Khabiirun,
Maha Mengetahui langkah-langkah semut sekecil apa pun yang ada di kegelapan
malam yang sangat pekat. (Ibnu Katsir jilid III : 1990 : 428-429).
Jamaal 'Abdul Rahman mengutip pemaparan
al-Qurthubi, diceritakan bahwa anak Lukman al-Hakim bertanya kepada ayahnya
tentang sebutir biji yang jatuh ke dasar laut, apakah Allah mengetahuinya? Maka
Lukman menjawabnya dengan mengulangi jawaban semula yang disebutkan dalam
firman-Nya,(QS.Luqman [31]: 16)
Artinya : "(Luqman berkata): "Hai anakku,
Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam
batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya
(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (Al-Qur'an
dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412). (Jamaal 'Abdul Rahman : 2005 :
341-342).
3. Nasihat Agar Mendirikan Shalat
Lukman al-Hakim terus-menerus memberikan
pengarahan kepada anaknya dalam pesan selanjutnya. Kisahnya disebutkan oleh
firman-Nya, (QS.31:17)
Artinya : "Hai anakku, Dirikanlah shalat...."
(Al-Qur'an dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
'Aqimish-shalaata,
dirikanlah shalat, lengkap dengan batasan-batasan, fardhu-fardhu, dan
waktu-waktunya. (Ibnu Katsir jilid III : 1990 : 430).
4. Nasihat Agar Memiliki Keberanian Memerintah
kepada Kebaikan
Pesan Lukman al-Hakim yang keempat adalah agar
anaknya memiliki keberanian untuk memerintah manusia untuk berbuat baik. Firman
Allah SWT, (QS.Luqman [31]: 17)
Artinya : "...dan suruhlah (manusia) mengerjakan
yang baik...." (Al-Qur'an dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
5. Nasihat Agar Memiliki Keberanian Mencegah
Kemungkaran
Pesan Lukman al-Hakim yang kelima adalah agar
anaknya memiliki keberanian untuk mencegah orang-orang yang berada di
sekitarnya berbuat kemungkaran. Firman Allah SWT, (QS.Luqman [31]: 17)
Artinya :"...dan cegahlah (mereka) dari perbuatan
yang mungkar...." (Al-Qur'an dan Terjemah Depag RI : 2005 :
412).
Terhadap pesan Lukman al-Hakim yang keempat dan
kelima kepada anaknya di atas, Ibnu Katsir memberikan keterangan, Wa'mur
bi'l-ma'ruufi wanha 'ani'l-mungkar, perintahkanlah perkara yang
baik dan cegahlah perkara yang munkar menurut batas kemampuan dan jerih
payahmu. (Ibnu Katsir jilid III : 1990 : 430).
6. Nasihat Agar Bersabar Terhadap Musibah yang
Menimpa
Pesan Lukman al-Hakim yang keenam adalah agar
anaknya bersabar terhadap musibah yang menimpa. Firman Allah SWT, (QS.Luqman
[31]: 17)
Artinya : "...dan bersabarlah terhadap apa yang
menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan
(oleh Allah)." (Al-Qur'an dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
Karena sesungguhnya untuk merealisasikan amar
ma'ruf dan nahyi mungkar, pelakunya pasti akan mendapat gangguan dari orang
lain. Oleh karena itulah, dalam pesan selanjutnya Lukman memerintahkan kepada
anaknya untuk bersabar.
Firman Allah SWT, (QS.Luqman [31]: 17)
Artinya : "... Sesungguhnya yang demikian itu
termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." (Al-Qur'an dan
Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
Yakni bersikap sabar dalam memhhadapi gangguan
manusia termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah SWT. (Ibnu Katsir jilid III
: 1990 : 430).
Menurut pendapat lain, Lukman memerintahkan
kepada anaknya bersabar dalam menghadapi berbagai macam kesulitan hidup di
dunia, seperti berbagai macam penyakit dan sebagainya, dan tidak sampai ketidak
sabarannya menghadapi hal tersebut akan menjerumuskannya ke dalam perbuatan
durhaka terhadap Allah SWT. pendapat ini cukup baik karena pengertiannya bersifat
menyeluruh. Demikianlah menurut al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya. Menurut
makna lahiriahnya, hanya Allah yang lebih mengetahui, bahwa firman-Nya,
(QS.Luqman [31]: 17
Artinya : "... Sesungguhnya yang demikian
itu...." (Al-Qur'an dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
Isyarat yang terkandung di dalamnya menuunjukan
kepada sikap mengerjakan shalat, menunaikan amaar ma'ruf dan nahyi mungkar,
serta bersabar menghadapi ganguan dan musibah, semuanya termasuk hal-hal yang
diwajibkan oleh Allah SWT. (Jamaal 'Abdul Rahman : 2005 : 342-343).
7. Nasihat Agar Tidak Bersikap Sombong terhadap
Orang Lain
Pesan Lukman al-Hakim yang ketujuh adalah agar
anaknya jangan memalingkan muka dari manusia karena sombong, merasa diri paling
tinggi derajatnya dari orang lain. Firman Allah SWT, (QS.Luqman [31]: 18)
Artinya : "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu
dari manusia (karena sombong)...." (Al-Qur'an dan Terjemah
Depag RI : 2005 : 412).
Ash-Sha'r artinya berpaling. Makna asalnya adalah suatu
penyakit yang menyerang tengkuk unta atau bagian kepalanya sehingga persendian
lehernya terlepas dari kepalanya, kemudian diserupakanlah dengan seorang lelaki
yang bersikap sombong. (Sayyid Qutb : 1992 : 2790).
Ibnu Abbas ra menafsirkan firman Allah SWT, "Dan
janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong)...." yakni
janganlah engkau bersikap sombong dengan meremehkan hamba-hamba Allah dan
memalingkan mukamu dari mereka bila mereka berbicara denganmu. (Ath-Thabari
jilid XXI : 1988 : 74).
Makna yang dimaksud ialah hadapkanlah wajahmu
ke arah mereka dengan penampilan yang simpatik dan menawan. Apabila orang yang
paling muda di antara mereka berbicara denganmu, dengarkanlah ucapannya sampai
dia menghentikan penbicaraannya. Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad
SAW. (Jamaal 'Abdul Rahman : 2005 : 344).
8. Nasihat Agar Tidak Angkuh dalam Menjalani
Hidup
Pesan Lukman al-Hakim yang kedelapan adalah
agar anaknya tidak angkuh dalam menjalani hidup. Firman Allah SWT, (QS.Luqman
[31]: 18)
Artinya : "...dan janganlah kamu berjalan di muka
bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong
lagi membanggakan diri." (Al-Qur'an dan Terjemah Depag RI :
2005 : 412).
Berjalan di muka bumi dengan angkuh, ialah cara
berjalan dengan langkah yang angkuh dan sombong dan enggan untuk bercampur gaul
dengan orang lain (disebabkan kesombongannya itu). Cara berjalan yang maupun
Khalik (Allah SWT) atapun makhluk (manusia) sama-sama tidak menyukainya. Cara
berjalan yang sombong adalah indikasi akan lupa dirinya seorang hamba kepada
Dzat Allah SWT (yang hanya Dia yang berhak untuk sombong). (Sayyid Qutb : 1992
: 2790).
Manusia menjalani hidup diantaranya dengan
berjalan menelusuri relung-relung kehidupan setiap harinya. Lukman al-Hakim
mengajarkan kepada anaknya untuk tetap tawadlu' (rendah hati) dan tidak
takabbur (sombong) diantanya dengan menekankan agar dalam cara berjalan tidak
berjalan dengan angkuh dan sombong.
9. Nasihat Agar Menyederhanakan Cara Berjalan
Pesan Lukman al-Hakim yang kesembilan adalah
agar anaknya menyederhanakan cara berjalan. Nasihat kesembilan ini berserta
nasihat ketujuh, kedelapan dan kesepuluh adalah sama-sama menekankan untuk
tidak berlaku sombong dan menanamkan sifat tawadlu' kepada anak.
Setelah Lukman al-Hakim memperingatkan anaknya
agar waspada terhadap akhlaq yang tercela dengan nasihat ketujuh dan
kedelapannya, dia lalu menggambarkan kepadanya akhlaq mulia yang harus
dikenakannya. Firman Allah SWT, (QS.Luqman [31]: 19)
Artinya : "Dan sederhanalah kamu dalam berjalan...." (Al-Qur'an
dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412).
Waqsid fii masyika, Yakni
berjalanlah dengan cara jalan yang pertengahan, tidak dengan langkah yang
lambat dan tidak pula dengan langkah yang terlalu cepat, namun dengan langkah
yang pertengahan antara lambat dan cepat. (Ibnu Katsir jilid III : 1990 : 430).
Nasihat Lukman al-Hakim yang kesembilan ini
adalah sesuai dengan salah satu sifat 'Ibaadu'r-Rahmaan (hamba-hamba yang
baik dari Tuhan yang Maha Penyayang). Firman Allah SWT, (QS.al-Furqan
[25]: 63)
Artinya : "Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha
Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati
dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata
(yang mengandung) keselamatan." (Al-Qur'an dan Terjemah Depag
RI : 2005 : 365).
10. Nasihat Agar Melunakkan Suara
Nasihat Lukman yang terakhir kepada anaknya
yang terdapat dalam Qur'an surat Luqman adalah agar anaknya melunakkan suara
dalam berbicara dengan orang lain. Firman Allah SWT, (QS.Luqman [31]: 19)
Artinya : "...Dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keledai. (Al-Qur'an dan Terjemah
Depag RI : 2005 : 412).
Menurut Ibnu abbas ra, waghdud
min shautik, yakni rendahkanlah suarmu dan janganlah bersuara
dengan keras (tanpa alasan yang baik). (Al-Fairuzabadi : tt : 345).
Menurut al-Maraghi, waghdud min shautik, yakni
kurangilah dari nada suara dan ringkaslah dalam berbicara, dan janganlah
meninggikan suaramu ketika tidak ada keperluan apapun untuk meninggikannya,
karena hal itu adalah tindakan yang dipaksakan oleh yang berbicara dan dapat
mengganggu diri dan pemahaman orang lain. (Al-Maraghi : 1974 : 86).
No comments:
Post a Comment